Archive for the ‘Personal’ Category
Pengorbanan Seorang Ibu

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan ibu semasa gempa bumi yang berlaku di Jepun.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di tempat runtuhan di mana rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui retakan tanah. Tetapi kedudukan mayat itu agak pelik seperti dia melutut serta dua tangan seolah-olah menahan atau menyokong sesuatu. Rumah yang runtuh itu pula telah terhempas di belakang dan kepalanya.
Begitu payah sekali, pemimpin pasukan penyelamat memasukkan tangannya melalui jurang yang kecil di antara dinding yang runtuh itu untuk mencapai badan wanita malang tersebut. Beliau berharap agar wanita itu masih hidup. Walaubagaimanapun, badan wanita yang sejuk dan kaku itu tentu sekali memberitahunya bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Pemimpin pasukan penyelamat dan seluruh pasukannya meninggalkan rumah itu dan mencari runtuhan bangunan yang lain. Entah kenapa, ketua pasukan ini seperti didorong oleh satu kuasa untuk kembali ke runtuhan rumah resebut. Sekali lagi, dia melutut dan menggunakan tangannya di celah-celah retakan itu untuk mencapai mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit dengan gembira, “Seorang kanak-kanak! Terdapat kanak-kanak!”
Read the rest of this entry »
Munchy’s Disahkan Haram – Mengandungi Arak?

***Terkini!!!***
JAKIM telah membuat serbuan ke atas Kilang Munchy’s , Batu Pahat dan menemui stor arak. Bosnya dengan bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan bahawa arak tersebut untuk dicampurkan di dalam biskut. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara se-Islam bagi kepentingan umat Islam.
Buat masa sekarang, saudara se-Islam diingatkan agar tidak membeli sebarang produk Munchy’s(logo di atas) sehingga sebarang kata putus yang akan dikeluarkan JAKIM.
Sumber daripada pegawai JAKIM Putrajaya, Hj. Jalil B. Raihan.
JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Oleh itu, semua SMS itu diyakini sebagai penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tolong LIKE post ini untuk tujuan penyebaran sebelum lebih ramai lagi tertipu. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat yang terkini, ana harap korang boleh la tolong kongsikan di ruangan komen.
Nilai Semasa Hantaran Kahwin

Nilai hantaran kahwin minimum mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh semenanjung:
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
***PERHATIAN!!!***
TETAPI, UNTUK YANG DEGREE KE ATAS KALAU TAK PANDAI “MASAK” AUTOMATIK AKAN DI TOLAK 50% DARIPADA NILAI BIDAAN
YANG LELAKI, BOLEH LA MULA MENGGARU KEPALA YE
Sebagai Renungan…
Firman Allah S.W.T : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar-Rum:21)
Sumber : ??~Me,Myself N I~??